Persetujuan Menjalani Ujian Biometrik STIFIn
Saya dengan ini memberikan persetujuan secara sukarela untuk menjalani ujian biometrik STIFIn yang dijalankan oleh GenEthics Asia Sdn. Bhd.
Saya memahami bahawa:
- Data biometrik saya akan digunakan untuk menghasilkan hasil ujian personaliti STIFIn dan tidak akan disimpan dalam bentuk asal selepas hasil dikeluarkan.
- Ujian ini akan membantu saya untuk lebih memahami potensi dan keunikan diri saya serta memberikan panduan dalam pelbagai aspek kehidupan.
- Hasil ujian ini akan digunakan untuk tujuan penilaian personaliti semata-mata dan tidak akan disalahgunakan atau dikongsi tanpa keizinan saya.
- Saya boleh menghubungi GenEthics Asia Sdn. Bhd. untuk sebarang pertanyaan atau penjelasan berkaitan dengan ujian ini atau hasilnya.
- Data biometrik saya akan digunakan secara rahsia dan selamat.
Saya bersetuju bahawa:
- Kos ujian ini adalah berbayar dan saya akan menanggung segala kos berkaitan.
- Hasil ujian ini tidak dijamin tepat sepenuhnya dan bertujuan sebagai alat untuk pembangunan diri dan peningkatan diri.
- Saya melepaskan GenEthics Asia Sdn. Bhd. daripada sebarang tanggungjawab berkaitan dengan penggunaan hasil ujian ini atau sebarang tindakan yang diambil berdasarkan hasil tersebut.
Saya dengan ini mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami syarat-syarat di atas dan memberikan persetujuan saya secara sah.