"Lepas buat ujian STIFIn, saya baru tahu gaya belajar saya sesuai dengan cara visual. Markah exam terus naik sebab saya tukar teknik belajar ikut personaliti."
Ujian biometrik stifin
STIFIn Personality Profiling Berasaskan Genetik!
Membina Personaliti Terbilang Berasaskan Genetik. Ujian reliabiliti oleh Prof Dr. Mohammed Zin (UPSI), Prof Madya Dr. Mohd Suhaimi dan Prof Madya Dr. Wan Shahrazad (UKM) membuktikan ketepatan ujian STIFIn dengan 95% kebolehpercayaan dan koefisien alfa 0.849.
Buka Potensi Sebenar Anda Dengan STIFIn
STIFIn bukan sekadar ujian personaliti. Ia adalah 'manual' hidup anda yang didedahkan melalui 10 cap jari biometrik. Fahami cara otak anda beroperasi untuk cemerlang dalam setiap aspek hidup.
Untuk Pelajar
Pilih jurusan yang tepat dan kuasai gaya belajar paling efektif berdasarkan 'mesin kecerdasan' anda. Tiada lagi istilah 'salah pilih kos'.
Untuk Kerjaya
Fahami kekuatan sebenar anda untuk melonjakkan kerjaya. Hentikan 'cuba-cuba' dan fokus pada bidang yang memang 'kena' dengan anda.
Kesejahteraan Diri & Hubungan
Fahami cara otak berfikir untuk bina komunikasi harmoni dengan pasangan & anak-anak. Kurangkan konflik dan 'stress' di rumah.
Untuk Bisnes & Kepimpinan
Susun 'super team' anda. Letakkan orang yang betul di tempat yang betul berdasarkan kekuatan genetik mereka untuk pacu momentum bisnes.
Analisis Biometrik Mendedahkan Mesin Kecerdasan Tersembunyi Anda
Ujian Personaliti Biometrik STIFIn adalah satu pendekatan unik dan terbukti secara saintifik yang menggunakan cap jari untuk mengenal pasti mesin kecerdasan utama anda.
Melalui ujian ini, anda akan mengetahui dengan tepat bagaimana otak anda berfungsi, dan bagaimana anda memproses maklumat dalam kehidupan harian.
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh pakar-pakar dari Universiti Kebangsaan Malaysia, ujian STIFIn mencapai ketepatan 95%, dengan kebolehpercayaan koefisien alfa 0.849.
Ini bermakna keputusan ujian ini sangat tepat dalam menentukan potensi genetik dan personaliti anda, memberikan panduan yang jelas untuk membantu anda mencapai prestasi terbaik dalam kerjaya, kehidupan, dan perhubungan.
Jangan Hanya Dengar Dari Kami
Lihat bagaimana STIFIn telah membantu mereka menemui potensi sebenar dan mengubah hidup mereka.
"Sebagai pelajar universiti, result STIFIn bantu saya pilih bidang yang betul—tak stress dan belajar rasa lebih seronok."
"Anak saya susah fokus, lepas tahu mesin kecerdasannya Intuiting, cikgu boleh pelbagaikan teknik ajar ikut personaliti. Prestasi sekolah pun semakin baik."
"Saya buat ujian untuk seluruh keluarga. Sekarang, masing-masing lebih faham cara berkomunikasi tanpa stress—rumah makin harmoni."
"Sebagai ibu, result STIFIn anak bantu saya faham kenapa dia suka buat aktiviti outdoor. Saya support passion dia ikut potensi."
"Lepas tahu personaliti isteri, kami tak lagi bergaduh pasal cara didik anak. STIFIn mudahkan urusan parenting!"
"Boss dapatkan STIFIn untuk team. Setiap staf jelas apa kekuatan masing-masing dan hasil kerja jadi lebih produktif."
"Saya pernah stuck dengan kerja lama. Result STIFIn buat saya berani tukar bidang dan sekarang kerja lebih puas hati."
"Team sales kami guna STIFIn—senang nak tau siapa sesuai jadi leader, siapa suka kerja belakang tabir!"
"Sebagai founder bisnes, STIFIn bantu saya dapatkan team kuat dan saling lengkap-melengkap."
"Saya guna STIFIn masa interview staff. Pekerja lebih cepat adaptasi, bisnes pun makin berkembang."
"Produk saya mudah jual bila copywriting ikut peta personaliti pelanggan—syukur sales naik mendadak!"
"Sebagai guru KAFA, STIFIn mudahkan saya faham murid: yang suka hands-on, yang minat teori—kelas jadi meriah!"
"Saya recommend sekolah guna STIFIn khusus untuk pelajar bermasalah—kebolehan mereka lebih nampak jelas."
"Lepas buat STIFIn untuk pelajar tahfiz, prestasi hafazan mereka meningkat ikut kekuatan masing-masing."
"Dulu mudah stress sebab rasa tertekan nak ikut gaya orang lain. STIFIn buat saya lebih yakin dan tenang dengan keunikan sendiri."
"Result STIFIn bantu saya kurangkan anxiety—saya belajar jaga mental ikut potensi sejati."
"Ujian simple tapi impak besar! Saya lebih mudah kawal emosi dan urus tekanan kerja hari-hari."
"Pernah rasa hubungan suami isteri nak 'berantakan' sebab tak faham karakter pasangan. STIFIn jadi solusi komunikasi kami."
"STIFIn mudahkan proses cari jodoh—kita tahu secocok atau tidak sebelum serius."
"Bila pasangan ikut result STIFIn, bincang soal rumah tangga jadi lebih 'smooth' tanpa banyak miskomunikasi."
"Anak saya cepat bosan belajar. STIFIn bantu saya reka aktiviti ikut minat mesin kecerdasan—tak stress dah nak ajar."
"Sebagai remaja, saya lebih yakin nak pilih hobi dan kawan rapat ikut personaliti sendiri."
"Sekolah adik-adik saya gunakan STIFIn masa program motivasi—ramai rasa lebih semangat dan happy."
"Saya terkejut bila result STIFIn betul-betul sama dengan perangai saya sejak kecil. Baru faham, semua tu berasaskan genetik."
"Bukan sekadar psikologi, STIFIn siap buktikan result tepat dari ujian biometrik cap jari."
"Saya ni Instinct, selalu suka benda spontan dan adventure. Lepas STIFIn, saya boleh maksimakan lifestyle ikut potensi DNA!"
Kenali Kekuatan Semula Jadi Anda dan Gunakan secara Strategik untuk Mencipta Kejayaan Sekarang
Hanya 3 Langkah Mudah untuk Mengenali Potensi Genetik Anda:
Jalankan Ujian, Terima Laporan, dan Nikmati Konsultasi Eksklusif!
1. Jalankan Ujian
Kenali diri anda melalui imbasan biometrik yang mudah — hanya satu sentuhan jari, dan anda bersedia untuk menjelajahi potensi semula jadi anda.
2. Dapatkan Laporan
Laporan genetik anda dalam genggaman! Dapatkan panduan terperinci tentang mesin kecerdasan dominan yang menjelaskan kekuatan dan keunikan anda
3. Sesi Konsultasi Eksklusif
erokai potensi anda dengan lebih mendalam melalui sesi konsultasi eksklusif. Bersama Advisor STIFIn, fahami cara untuk memanfaatkan potensi genetik anda ke tahap maksimum.
Tak Pasti STIFIn Sesuai Untuk Anda?
Dapatkan sesi konsultasi percuma selama 30 minit melalui telefon bersama Konsultan STIFIn bertauliah. Bantu anda buat keputusan lebih yakin sebelum teruskan ujian.
Sesi ini membantu anda kenali gaya otak dominan dan bagaimana STIFIn boleh bantu capai potensi terbaik – tanpa sebarang komitmen bayaran.
Henti Bazir Masa & Wang
Jangan sia-siakan potensi semula jadi anda.
Daftar sekarang untuk ujian biometrik STIFIn dan mulakan pemerkasaan diri.
Klik pautan di bawah sekarang tempahan sesi ujian dengan kos sekali seumur hidup!
Soalan Lazim
Terokai Potensi Anda: Mulakan Ujian STIFIn Anda Hari Ini!
Ujian Personaliti Otak Dominan STIFIn adalah satu kaedah penilaian yang unik dan inovatif yang bertujuan untuk mengenali ciri-ciri personaliti seseorang berdasarkan kepada struktur genetik dan otak mereka. Ia memanfaatkan teknologi biometrik untuk melakukan imbasan 10 jari tangan, membolehkan pengenalpastian yang tepat terhadap komposisi genetik dan kecerdasan otak individu.
Ujian ini tidak hanya memberikan gambaran yang lebih mendalam tentang ciri-ciri personaliti, tetapi juga memperlihatkan potensi serta kekuatan unik setiap individu. Hasil dari ujian STIFIn boleh menjadi panduan berharga dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk dalam pendidikan, karier, hubungan peribadi, dan pemahaman diri yang lebih mendalam.
STIFIn berbeza daripada ujian personaliti konvensional kerana ia berlandaskan kepada prinsip-prinsip biologi dan neurosains. Ia menawarkan pemahaman yang lebih mendalam dan terperinci tentang seseorang yang boleh membantu mereka membuat keputusan yang lebih bijak dan membina kehidupan yang lebih bermakna.
Tidak. Ujian Personaliti STIFIn tidak boleh dijalankan secara online. STIFIn Test memerlukan untuk mengimbas kesepuluh jari tangan iaitu menggunakan biometrik.
Proses ujian STIFIn adalah mudah dan praktikal. Ia melibatkan imbasan 10 jari tangan menggunakan teknologi biometrik. Setelah sidik jari individu diperoleh, data akan diproses secara elektronik dalam tempoh 10 ke 15 minit yang akan diproses oleh sistem STIFIn untuk menghasilkan hasil yang tepat dan terperinci tentang komposisi genetik dan kecerdasan otak mereka.
Ujian ini tidak memerlukan borang soal selidik atau situasi yang rumit. Ia boleh dijalankan dengan cepat dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia bermula seawal 3 tahun. Proses ini juga memastikan keputusan diperoleh dengan tepat dan tanpa sebarang keraguan. Laporan akan diberikan bersama sesi konsultasi team kami.
Hasil daripada ujian ini kemudian digunakan untuk mengenal pasti 9 kategori personaliti seperti yang diterangkan pada butiran video di atas, lantas membantu individu memahami potensi serta keunikan mereka dengan lebih baik. Dengan memahami ciri-ciri personaliti genetik, seseorang dapat membuat keputusan yang lebih baik dalam pelbagai aspek kehidupan mereka.
Personaliti Genetik di STIFIn merujuk kepada gabungan antara Mesin Kecerdasan (S, T, I, F, In) dengan kemudi kecerdasan, iaitu introvert dan ekstrovert. Konsep ini membantu kita memahami bagaimana otak kita berfungsi dan bagaimana kita berinteraksi dengan dunia sekeliling.
Setiap individu mempunyai kombinasi unik dari mesin kecerdasan dan kemudi kecerdasan, yang membentuk asas personaliti mereka. Ini membantu kita memahami bakat, minat, dan cara kita berkomunikasi secara genetik. Dengan memahami konsep personaliti genetik ini, seseorang dapat membuat keputusan yang lebih baik dalam berbagai aspek kehidupan, seperti pendidikan, kerjaya, hubungan peribadi, dan banyak lagi.
Ujian Personaliti STIFIn menggunakan ujian biometrik yang melibatkan pemindaian kesepuluh jari tangan. Ujian ini dijalankan secara elektronik tanpa menggunakan pensel dan kertas seperti ujian lainnya. Data hasil ujian disimpan secara elektronik dan boleh diambil oleh sesiapa sahaja. Proses pengukuran dan analisis ini telah melalui ujian kajian oleh pakar-pakar berpengalaman dan dianggap sah serta boleh dipercayai.
Asas ujian STIFIn bergantung kepada teori-teori yang diasaskan oleh sarjana Barat seperti Cg Jung, Ned Herman, dan Paul McLean. Selain itu, ujian ini sesuai untuk kanak-kanak bermula dari usia 3 tahun ke atas. STIFIn mengenal pasti 5 mesin kecerdasan: Sensing, Thinking, Intuiting, Feeling, dan Instinct.
Dengan menggunakan ujian biometrik, STIFIn memberikan data yang lebih tepat dan spesifik mengenai seseorang, berbeza dengan Personaliti Test tradisional yang biasanya menggunakan soal jawab untuk menilai personaliti.
STIFIn membantu individu mengenali personaliti genetik mereka, yang merupakan kombinasi antara mesin kecerdasan (S, T, I, F, In) dengan jenis kemudi kecerdasan, iaitu introvert dan ekstrovert. Dengan memahami personaliti genetik, individu dapat:
Membuat Keputusan yang Lebih Baik: STIFIn memberikan panduan berharga dalam pelbagai aspek kehidupan seperti pendidikan, kerjaya, hubungan peribadi, membesarkan anak, dan banyak lagi.
Menggali Potensi Bakat dan Minat: Dengan mengetahui personaliti genetik, individu dapat mengenal pasti bakat dan minat unik yang mereka miliki.
Berkomunikasi dengan Lebih Efektif: Dengan memahami cara otak orang lain berfungsi, individu dapat berkomunikasi dengan lebih efektif, membina hubungan yang lebih harmoni.
Pilihan Karier yang Sesuai: Mengetahui personaliti genetik dapat membantu individu memilih karier yang sesuai dengan kekuatan dan minat mereka, sehingga mencapai kejayaan dan kepuasan dalam pekerjaan.
Hubungan Peribadi yang Lebih Baik: Memahami personaliti genetik pasangan membantu dalam memahami perbezaan dan berinteraksi dengan lebih harmoni dalam hubungan.
Memahami dan Mendidik Anak: Untuk ibu bapa, ini membantu memahami keperluan dan potensi anak-anak, membolehkan mereka menjadi ibu bapa yang lebih efektif.
Pendekatan Pembelajaran yang Lebih Sesuai: Dalam pendidikan, STIFIn membantu guru memahami gaya pembelajaran pelajar dan mengajar dengan cara yang lebih sesuai.
Pengurusan Diri yang Lebih Baik: STIFIn membantu individu membuat keputusan yang lebih baik dalam pelbagai aspek kehidupan seperti kewangan, kesihatan, dan impian mereka.
Peningkatan Kesedaran Diri: Kesedaran diri adalah kunci untuk pertumbuhan diri. STIFIn membantu individu menjadi lebih sedar tentang diri sendiri dan dunia di sekitar mereka.
Ujian Personaliti STIFIn mempunyai pendekatan unik dengan menggunakan Biometrik Test, iaitu dengan imbasan kesepuluh jari tangan. Ia tidak bergantung kepada soalan-jawab seperti ujian personaliti tradisional. Pendekatan ini memberikan data yang lebih tepat dan spesifik mengenai individu, membawa kepada penilaian personaliti yang lebih mendalam.
Berlainan dengan Ujian Psikometrik, Ujian Personaliti STIFIn ini tidak dipengaruhi keadaan semasa, persekitaran ataupun emosi pada soal jawab tersebut dijalankan.
Ujian Personaliti STIFIn sesuai untuk semua golongan usia, bermula dari kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas. Ia merangkumi aspek psikologi, neuroscience, dan ilmu sumber manusia untuk memahami lebih mendalam mengenai diri individu.
Mengenali personaliti genetik membantu individu memahami diri mereka dengan lebih mendalam, merungkai potensi dan keunikan mereka, dan memberikan panduan berharga dalam pelbagai aspek kehidupan seperti pendidikan, kerjaya, hubungan peribadi, membesarkan anak, dan banyak lagi.
STIFIn membantu dalam hubungan peribadi dengan memahami personaliti genetik pasangan. Ini membolehkan individu untuk memahami perbezaan dan berinteraksi dengan lebih harmoni, membina hubungan yang lebih kukuh.
STIFIn menggabungkan elemen-elemen seperti jenis kelamin, golongan darah, dan kapasiti otak dalam menganalisis personaliti dan potensi individu, menjadikannya unik dalam pendekatannya berbanding ujian personaliti tradisional yang biasanya hanya bergantung kepada soalan-jawab.
Ya, sudah pasti ada. Kami di STIFIn Cabang Terengganu di bawah syarikat GENETHICS ASIA SDN. BHD. sentiasa berkongsi ilmu untuk memastikan Ilmu dan Manfaat STIFIn ini dapat dicapai secara mudah dan diakses dihujung jari.
Disebabkan Ujian Personaliti STIFIn Ini tidak dapat dijalankan secara online secara virtual. Tujuan group sokongan ini adalah bagi memastikan anda dapat mengetahui secara kasar apakah itu STIFIn?
Group Support ini adalah PERCUMA.
Kami akan adakan Program Potensi Otak Dominan – Kenal, Asah & Serlahkan(PODKAS) Secara Online PERCUMA.
Untuk sertai Group Support boleh klik di sini.